seismik

Dua Beradik Jelita Ini Adalah Juruterbang Belon Udara Panas Wanita Pertama Di Malaysia

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Cover image via LifeOnAir

Tak dinafikan, setiap kali tengok belon udara panas mesti kita akan rasa excited dan seronok!

Tidak kiralah sama ada di atas tanah ataupun yang sedang terbang, perasaan melihat belon udara panas memang amat mengujakan. Sebab itulah setiap kali bila ada 'Hot Air Balloon Fiesta' di Putrajaya, orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat sendiri belon udara panas secara dekat.

Tetapi bagaimana pula perasaan pilot yang mengawal belon udara panas ketika ia sedang terbang di udara? Dua beradik dari Kuala Lumpur, Izzati dan Atiqah Khairudin pasti ada jawapannya.

Izzati (kiri) dan adiknya Atiqah Khairudin.

Image via Fariz Iswadi Ismail/Berita Harian

Jarang-jarang sekali kita dengar seseorang itu mempunyai lesen juruterbang untuk belon udara panas di Malaysia. Namun begitu, berbeza pula bagi dua beradik Izzati dan Atiqah Khairudin. Mereka berdua mempunyai lesen juruterbang belon udara panas yang diiktiraf selepas menamatkan kursus selama sebulan di Sepanyol pada September tahun lepas.

Mereka sekali gus dikenali sebagai juruterbang belon udara panas wanita pertama di Malaysia!

Atiqah dan Izzati ketika menerbangkan belon udara panas di Kuantan, Pahang.

Image via LifeOnAir

Izzati Khairudin merupakan CEO bagi AKA Balloon Sdn Bhd, syarikat belon udara panas tempatan yang telah bertapak selama 24 tahun

Untuk makluman, AKA Balloon adalah syarikat yang menganjurkan 'Hot Air Balloon Fiesta' setiap tahun di Putrajaya dan di Pulau Pinang.

Image via LifeOnAir

AKA Balloon Sdn bhd ditubuhkan pada 1995 oleh arwah bapa mereka Khairudin Abd Rani bersama dua orang rakan. Ketika itu, arwah Khairudin merupakan juruterbang belon udara panas pertama di Malaysia.

Setelah belon udara panas semakin mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan, Khairudin membuat keputusan untuk menganjurkan 'Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta' yang pertama pada tahun 2009. Acara empat hari itu merupakan satu kejayaan besar, menarik lebih 150,000 pengunjung!

Tetapi kematian secara mengejut Khairudin pada tahun 2012 memaksa Izzati dan Atiqah untuk meneruskan legasi dan impian ayah mereka.

Image via LifeOnAir

"Salah satu perkara yang membuat saya jatuh cinta dengan industri ini adalah bukan kerana keterujaan menerbangkan belon udara panas. Tetapi kerana orang-orang di sebaliknya," kata Izzati.

Image via zilzarlife.com

"Kami mempunyai balloonists yang menghadiri acara di Putrajaya setiap tahun. Walaupun kami tinggal berjauhan di serata dunia, anda akan kagum melihat keakraban kami. Ia benar-benar terasa seperti satu keluarga besar.

"Setiap kali kami mengembara dan berada di luar negara, pasti akan ada seseorang dari komuniti belon udara panas yang akan menjemput kami untuk makan malam, bahkan menawarkan tempat penginapan. Saya kira ini adalah satu keistimewaan menjadi sebahagian daripada keluarga yang indah ini.

"Mereka tidak pernah melihat sesiapa dari segi warna kulit atau agama. Selagi kita memahami antara satu sama lain dan berkongsi minat yang sama, kita juga adalah salah seorang daripada mereka," ujar Izzati.

Image via zilzarlife.com

Kata Izzati lagi, "Sekarang saya boleh lihat kenapa walaupun setelah sekian lama dan selepas segala keperitan dan kesusahan, arwah ayah saya masih ghairah mengenai belon udara panas, sama seperti ketika dia bermula dahulu. Dalam dunia belon udara panas, tidak kira siapa anda, sama ada anda seorang balloonist, pilot, ahli keluarga atau sekadar krew, anda tetap dianggap seperti ahli keluarga sendiri."

Setelah memperoleh lesen juruterbang di Sepanyol, Izzati dan Atiqah merentas Semenanjung Malaysia menggunakan belon udara panas dalam satu ekspedisi yang dipanggil 'Life On Air' pada 2016

Image via LifeOnAir

Selepas pelancaran epik di Putrajaya pada 2 September 2016 lalu, "Balloon Sisters" memulakan ekspedisi Pantai Timur mereka ke Terengganu.

Life On Air merupakan satu inisiatif bertujuan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan anak-anak muda mengenai kewujudan belon udara panas di negara ini. Mereka pergi ke sekolah di negeri-negeri yang terpilih untuk menjadi tuan rumah serta mengadakan bengkel belon udara panas.

Jadual perjalanan Life On Air merentasi 9 negeri di Semenanjung Malaysia.

Image via LifeOnAir

Dalam ekspedisi 'Life On Air', adik-beradik ini sering bergilir-gilir dalam mengemudi belon, dan Atiqah menegaskan bahawa kerja berpasukan adalah sangat penting dalam memastikan setiap penerbangan berjaya

Image via LifeOnAir

"Bila kami terbang, kami amat bergantung kepada banyak perkara. Kami memerlukan bantuan dari krew di darat, input daripada Jabatan Penerbangan Awam, penduduk tempatan, terutamanya apabila kita terbang di suatu tempat yang asing dan tidak dikenali.

"Belon juga tunduk patuh kepada cuaca, jadi keselamatan sentiasa menjadi prioriti nombor satu. Akhirnya anda akan sedar bahawa anda tidak hanya menerbangkannya sendiri. Segalanya mengenai kerja berpasukan dan kerjasama dari semua pihak," kata Atiqah.

Image via LifeOnAir

Izzati dan Atiqah kini telah merealisasikan impian merentas Semenanjung Malaysia dan Borneo dengan belon mereka. Mereka berharap untuk meneroka lebih banyak destinasi di Asia Tenggara selepas ini.

Image via LifeOnAir

"Dari sini, kita dapat mempromosikan negara kita sendiri dari perspektif yang berbeza dan menyemarakkan minat anak-anak muda terhadap belon udara panas dengan berkongsi kepada mereka apa yang kita tahu.

"Kami berharap agar dapat mengembangkan industri belon udara panas di negara ini. Bagi AKA Balloon, jika maklum balas kami terima adalah positif, kami memasang impian untuk menubuhkan sekolah belon kami sendiri!

"Buat masa sekarang, kami terpaksa melakukan kursus juruterbang di Sepanyol. Jadi bayangkan betapa hebatnya jika kita ada kursus seperti itu di sini," kata mereka.

Image via LifeOnAir

Ini dia video ekspedisi 'Life On Air' untuk anda saksikan:

LifeOnAir Borneo Expedition

After the success of the first expedition over nine states in Peninsular Malaysia 2016, LifeOnAir will once again embark on a new discovery. This time it will be in Borneo Malaysia, in the air and on the road from July - August 2018. The team aims to host balloon workshop and raise fund to 8 rural schools in Sabah & Sarawak. Umadx Malaysia has helped provided the platform for anyone to contribute. You too can back LifeOnAir Borneo Edition on Umadx Crowdfunding now - https://goo.gl/cHKXPe

Posted by LifeOnAir on Friday, March 9, 2018

LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kisah inspirasi di SAYS:

You may be interested in: